Projek Pendawaian
Melibatkan kerja-kerja pendawaian sistem elektrik untuk klinik, balai polis, hospital, kemudahan sukan, dan fasiliti komersial. Skop merangkumi pemasangan soket, lampu, papan suis utama, pendawaian dalaman, dan penyambungan kabel mengikut piawaian keselamatan industri dan keperluan pelanggan.
Pendawaian Bangunan Pejabat – Pekan
Lokasi: Pekan, Pahang
Skop Kerja: Pendawaian penuh termasuk pemasangan lampu, soket, dan DB utama untuk bangunan pejabat kerajaan.
Tahun Siap: 2018
Kompleks Belia & Sukan Kuantan
Lokasi: Kuantan, Pahang
Skop Kerja: Pendawaian elektrik dan pemasangan lampu di dua kawasan utama – ruang auditorium dan dewan utama. Kerja di dewan utama melibatkan pemasangan lampu jenis Low Bay 115W.
Tahun Siap: Dalam Pelaksanaan
Wad Kardiologi CCU – PPUM
Lokasi: Kuala Lumpur
Skop Kerja: Pendawaian semula untuk kawasan kritikal hospital, termasuk sistem sokongan hayat dan pencahayaan khas.
Pelanggan: Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)
Tahun Siap: 2019
Proton – Tanjung Malim
Lokasi: Perak
Skop Kerja: Pendawaian sistem kuasa industri dan pencahayaan semasa proses ubah suai loji.
Tahun Siap: 2023
Klinik Kesihatan Jenis 2 & Balai– Tampin
Lokasi: Tampin, Negeri Sembilan
Skop Kerja: Pendawaian sistem elektrik penuh termasuk soket klinikal dan lampu operasi.
Tahun Siap: Dalam Pelaksanaan
PROJEK MUAR
Lokasi: Muar, Johor
Skop Kerja: Naik taraf sistem pendawaian sedia ada dan pemasangan semula papan agihan dan soket.
Pelanggan: Kementerian Pendidikan Malaysia
Tahun Siap: Dalam Pelaksanaan



